Khamis, 2009 Julai 02

Kapitalis Part 2

Pernah makan roti canai dengan gula? Amalan ni biasa di dapati di Kelantan namun tidaklah begitu asing bagi rakyat negeri lain di negara ini. Cuba ke restoran mamak dan order roti canai. Lepas tu mintak gula. Ada mereka kenakan bayaran untuk gula itu? Tidak, bukan? Maka,

- Gula adalah free.

Di sesetengah restoran pula, air suam adalah free. Tak percaya? Tanya Johana yang setiap hari order air suam. Aku yakin kalau kita mintak air yang lebih panas dari suam pun pasti free juga.
Erk... air yang lebih panas dari suam? Air panas la tu. Maka,

- Air panas adalah free.

Si Awin pula gila limau. Kalau order mee goreng / kuey tiaw goreng, mesti mintak limau extra. Kadang-kadang sampai 5 bijik. Biasanya dapat sekitar 3-4 bijik. Memang tanak makan kalau mee goreng dia tak cukup masam. Apa punya perangai. Ada dia kena charge extra? Tak pernah pun. Maka,

- Limau adalah free.

Tadi Taufik order Limau suam. Limau suam = air panas + gula + limau. Charge?

RM1.30.

Fuck you capitalists!

2 ulasan:

top3qkun berkata...

darn!
aku bayar 1.30 utk service charge..
mmg aku bawak gula saje lain kali..

durian! berkata...

lee, antara kajian terbaik aku pernah baca. memang boleh buat thesis!

mungkin kalau kau kaji sikit lagi, Burger King adalah percuma sebenarnya! fuck kapitalis!